#ganotherapy #dxnproducts.
Konsep Dasar Ganoterapi KONSEP DASAR GANOTERAPI Ganoterapi adalah suatu sistem terapi dengan mempergunakan Ganoderma dan dapat dikategorikan dalam Ilmu Pengubatan Holistik. Ganoterapi berprinsip bahawa tubuh kita adalah doktor yang terbaik. Tubuh kita sebenarnya mampu mengatasi segala macam gangguan kesihatan apabila sistem dalam tubuh kita bekerja dengan baik, terutama sistem kekebalan tubuh kita (imune body system). Ada banyak sebab seseorang menderita suatu penyakit, namun dalam Ganoterapi penyebab timbulnya gangguan penyakit pada manusia digolongkan kepada 2 sebab sahaja, iaitu: 1. Adanya racun yang masuk ke dalam tubuh kita. Racun yang dimaksudkan bukan hanya bahan-bahan berbahaya seperti pembasmi serangga, virus, ataupun bakteria, tetapi maksud racun dalam konsep ganoterapi adalah sesuatu yang tidak diinginkan berada dalam tubuh kita. Contohnya gula dalam tubuh kita sangat bermanfaat, tetapi bila kadar gula dalam tubuh kita terlalu tinggi, maka akan timbul penyakit kencing manis ...